Apabila kita telah redha menerima hilangnya kebebasan ...
Disaat itu pulalah kita mulai bebas ...
~Prof. Hamka

Saturday, February 11, 2012

Resepi Kek Buah Bakar

Saya dah cubanya. Sempena Ulangtahun Perkahwinan kami ... 29 tahun bersama.
Suami kata sedap lagi dari yg beli kat kedai ... hati kembang berbunga2!!!!
Ini hasilnya ... nampak sangat sedapkan!



Checkitout ... http://dzanariah.blogspot.com/ (pos 18 Aug.2009).
p.s. Saya suka resepi ini sebab ada kelainan dalam cara buatnya. Senang tapi sedap!
Kek buah ini semakin sedap keesokan harinya ... resepi mesti cuba.

Friday, January 13, 2012

Pesanan ... 8 Kalimah Pusaka

Pesanan Luqman kepada anaknya,
~ Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yg lalu, iaitu;

1. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiranmu.

2. Apabila engkau berada dirumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.

3. Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis, maka jagalah lidahmu.

4. Apabila engkau hadir dalam jamuan, maka jagalah perangaimu.

5. Ingat kepada Allah SWT.

6. Lupakan budi baikmu kepada orang lain.

7. Lupakan semua kesalahan orang lain kepadamu.

8. Ingat kepada mati.

InsyaAllah ... anak-anak Mama sentiasa 'refresh' pesanan-pesanan ini.

"Ya Allah, lembutkan hatinya (anak/suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

Wednesday, January 11, 2012

Hati Seorang Ibu

Mama teringat pada sebuah sajak
(lupa pula siapa penulisnya & di mana Mama jumpa. Mama dah tua ... huhu)
Antara kata2nya (rasa2 lebihkurang begini);


Ibu,
Apakah akukah kapal yg belayar jauh?
Atau, 
Kaukah pelabuhan tempat kapal2 berlabuh?
Maka,
Jaraknya kini terasa kian jauh ... ?!!

Begitulah perasaan Mama sekarang ... bila anak2 sudah besar
Jauhnya terasa ...
Tertunggu2 kepulangan anak2 ...
Merindui saat2 ketika kalian kecil2 dulu ...
Semua disisi Mama ... kenyang, sihat, selamat & lena tidur
(Mama akan pastikan tiada nyamuk gigit anak2 tersayang ...)
Kini ...
Cukup makankah anakanda?
Sihat & selamatkah kalian semua?
Susahkah belajar/kerja di sana?
Mahukah Mama temankan sayang ulangkaji/kerja lebihmasa?
Setiap kali kalian hubungi Mama, lega terasa
Terlerailah rindu seketika ...
Dan, malunya Mama ...
Beritahu kalian semua,
Saat mendengar suara anak2 Mama,
Adalah saat yg paling bahagia ...
I'm waiting for ur next call ...